SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 52 DI IPOH YANG BEST!!!

Filed under: , by:

Merdeka tahun ini merupakan detik bersejarah buat Kumpulan Koir UTP. Buat pertama kalinya sejak beberapa tahun ditubuhkan, kami dijemput untuk membuat persembahan di majlis yang cukup besar iaitu sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perak.

Bukan senang nak dapat peluang macam ni tau!

Akhirnya impian untuk menyanyi di hadapan Sultan Perak terlaksana juga. Sebelum ini, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pernah menyaksikan kami ketika Ceramahnya di UTP tahun lepas. Pastinya, peluang ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan memberikan persembahan terbaik.

Kumpulan Koir UTP diberi kesempatan untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku ketika permulaan majlis dan 2 buah lagu lagi dalam slot persembahan iaitu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia. Alhamdulillah, persembahan berlangsung dengan baik. Tiada masalah. Terima kasih kepada coach merangkap conductor iaitu Farahin atas tunjuk ajar yang diberikan.

Untuk persembahan kali ini, 40 orang ahli koir yang terdiri daripada muka lama dan muka baru telah terpilih untuk menyanyi. Tahniah kepada ahli-ahli baru yang menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun baru berlatih. Semoga selepas ini, banyak lagi peluang untuk kita menyanyi sama-sama kan?

Oklah, jom tengok-tengok gambar jom!

Sebelum naik pentas, kena warm up dulu. Dengar amanat konduktor. Fokus!


Ok. Nak hilangkan nervous, jom amik gambar byk-byk!


Sultan Perak, Raja Muda dan Menteri Besar Perak antara VVIP yang ada.

Inilah pentas kami!

Ketika persembahan. Pentas Koir betul-betul di tengah dan berhadapan dengan tetamu-tetamu. Cuak ok.

Tuan Haji Mohd Nor Rosli pun datang bagi sokongan.

Selepas habis je majlis, semua happy semacam! Macam kanak-kanak je bile jumpe belon.

dah habis dah. Baru dapat duduk..



Dalam bas yang dah macam taman fantasi dah. penuh dengan belon.

Ok. Tak tau nak cakap apa bila tengok gambar ni.

Banyaknya belon budak-budak koir ni bawak balik UTP.

Nampaknya, sambutan merdeka tahun ni merupakan sambutan yang cukup bermakna dan lain dari yang lain buat semua ahli koir UTP. Semoga kenangan ini akan terus diingati sampai bila-bila.



3 great voice/s:

On September 5, 2009 at 8:01 AM , PNP Team said...

tahniah sebab korg masuk tv3..hahahaha..dlm berita jelaa~

 
On September 8, 2009 at 3:04 AM , Abir Abhar said...

ye ke?
bangganya

 
On September 14, 2009 at 1:53 PM , TurTleFx said...

haha..bangga.. sape2 nk g tgk pertandingan koir JPNIN kat ipoh 3 oct ni!

 

Gallery



Pasukan
Koir Universiti Teknologi Petronas 2009.

Senada, Seirama, Sejiwa.