Majlis Konvokesyen Ke-9, UTP

Filed under: , by:

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua.

Maaf sebab membiarkan blog ini bersawang selepas lawatan ke MPO dan Uniten tempoh hari. Kredit buat Abiabhar yang membersihkan sawang-sawang kat blog ini memandangkan tiada cerita baru dikisahkan oleh PNP Team walaupun banyak aktiviti dilakukan oleh ahli-ahli koir baru-baru ini.

Tahniah buat ahli-ahli koir yang menjayakan persembahan sewaktu Majlis Konvokesyen yang lalu. Dari tapak Convo Fair sampailah ke Dewan Canselor, ahli-ahli koir begitu bersemangat meneruskan perjuangan melaungkan keharmonian. Wah,ayat gempak je tapi betul, ahli-ahli koir memang kental semangatnya.

Tahniah juga buat ahli-ahli koir yang menjayakan persembahan di Ipoh ketika sambutan kemerdekaan berlangsung di sana. Anda semua masuk TV3 tau! Bangga sekejap kan?? Hehehe.

Apa pun, maafkan PNP Team sebab lambat menyucikan blog ini. Ada sebab-sebab tertentu yang menjadi batu halangan untuk melenyapkan sawang-sawang di sini.

Jadi, layanlah gambar-gambar sekitar Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan beberapa minggu yang lalu.



Seawal persembahan. Riak gembira terpancar di wajah mereka. Hehe.


Konduktor yang serius memastikan anak buah menghasilkan paduan suara yang harmoni.


Masuk skrin besar tu.


Antara Management Team yang hadir sewaktu sesi pagi.


Persembahan di depan Tun Dr Mahathir dan ribuan hadirin.


Hot kah?


Beliau sudah grad rupanya~


Persembahan diteruskan lagi.


Antara Management Team yang hadir untuk sesi petang plak.


Keletihan yang tak terkata.


Gembira sangat-sangat.


Seusai persembahan untuk Majlis Konvokesyen kali ini.

Sesungguhnya, pengalaman ahli-ahli koir menjayakan persembahan di Majlis Konvokesyen ini sangatlah memberi makna. Dari ilmu lontaran suara sehinggalah ikatan persahabatan antara mereka yang terjalin. Moga hari-hari mendatang punya sinar yang lebih memukau.


Klik sini untuk lambakan riak wajah anda.

Tak semua gambar dilambakkan dalam link di atas.

Sila hubungi PNP Team kalau anda nak gambar anda.

Sekian buat masa ini.

Gallery



Pasukan
Koir Universiti Teknologi Petronas 2009.

Senada, Seirama, Sejiwa.