UTP Choir Group Dalam Surat Khabar

Filed under: , by:



Sila klik gambar untuk lebih jelas....


PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN SEMPENA KONVOKESYEN UTP KALI KE-9 2009.

“Sebelumnya, Kumpulan Koir UTP mendendangkan lagu My Way yang dipopularkan oleh Frank Sinatra.

           

            Mendengar lagu kegemarannya, Dr. Mahathir yang masih berada di atas pentas kelihatan menyanyi bersama-sama kumpulan berkenaan terutama ketika lirik, I did it my way.

 

            Bekas Perdana Menteri itu sangat gembira dan tersenyum sepanjang lagu berkenaan disampaikan hingga mengangguk-angguk kepala ketika lagu didendangkan dengan intonasi tinggi.”



Majlis Konvokesyen Ke-9, UTP

Filed under: , by:

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua.

Maaf sebab membiarkan blog ini bersawang selepas lawatan ke MPO dan Uniten tempoh hari. Kredit buat Abiabhar yang membersihkan sawang-sawang kat blog ini memandangkan tiada cerita baru dikisahkan oleh PNP Team walaupun banyak aktiviti dilakukan oleh ahli-ahli koir baru-baru ini.

Tahniah buat ahli-ahli koir yang menjayakan persembahan sewaktu Majlis Konvokesyen yang lalu. Dari tapak Convo Fair sampailah ke Dewan Canselor, ahli-ahli koir begitu bersemangat meneruskan perjuangan melaungkan keharmonian. Wah,ayat gempak je tapi betul, ahli-ahli koir memang kental semangatnya.

Tahniah juga buat ahli-ahli koir yang menjayakan persembahan di Ipoh ketika sambutan kemerdekaan berlangsung di sana. Anda semua masuk TV3 tau! Bangga sekejap kan?? Hehehe.

Apa pun, maafkan PNP Team sebab lambat menyucikan blog ini. Ada sebab-sebab tertentu yang menjadi batu halangan untuk melenyapkan sawang-sawang di sini.

Jadi, layanlah gambar-gambar sekitar Majlis Konvokesyen yang dilangsungkan beberapa minggu yang lalu.



Seawal persembahan. Riak gembira terpancar di wajah mereka. Hehe.


Konduktor yang serius memastikan anak buah menghasilkan paduan suara yang harmoni.


Masuk skrin besar tu.


Antara Management Team yang hadir sewaktu sesi pagi.


Persembahan di depan Tun Dr Mahathir dan ribuan hadirin.


Hot kah?


Beliau sudah grad rupanya~


Persembahan diteruskan lagi.


Antara Management Team yang hadir untuk sesi petang plak.


Keletihan yang tak terkata.


Gembira sangat-sangat.


Seusai persembahan untuk Majlis Konvokesyen kali ini.

Sesungguhnya, pengalaman ahli-ahli koir menjayakan persembahan di Majlis Konvokesyen ini sangatlah memberi makna. Dari ilmu lontaran suara sehinggalah ikatan persahabatan antara mereka yang terjalin. Moga hari-hari mendatang punya sinar yang lebih memukau.


Klik sini untuk lambakan riak wajah anda.

Tak semua gambar dilambakkan dalam link di atas.

Sila hubungi PNP Team kalau anda nak gambar anda.

Sekian buat masa ini.

SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 52 DI IPOH YANG BEST!!!

Filed under: , by:

Merdeka tahun ini merupakan detik bersejarah buat Kumpulan Koir UTP. Buat pertama kalinya sejak beberapa tahun ditubuhkan, kami dijemput untuk membuat persembahan di majlis yang cukup besar iaitu sambutan hari kemerdekaan ke-52 peringkat negeri Perak.

Bukan senang nak dapat peluang macam ni tau!

Akhirnya impian untuk menyanyi di hadapan Sultan Perak terlaksana juga. Sebelum ini, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pernah menyaksikan kami ketika Ceramahnya di UTP tahun lepas. Pastinya, peluang ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan memberikan persembahan terbaik.

Kumpulan Koir UTP diberi kesempatan untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu Negaraku ketika permulaan majlis dan 2 buah lagu lagi dalam slot persembahan iaitu Jalur Gemilang dan Satu Malaysia. Alhamdulillah, persembahan berlangsung dengan baik. Tiada masalah. Terima kasih kepada coach merangkap conductor iaitu Farahin atas tunjuk ajar yang diberikan.

Untuk persembahan kali ini, 40 orang ahli koir yang terdiri daripada muka lama dan muka baru telah terpilih untuk menyanyi. Tahniah kepada ahli-ahli baru yang menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun baru berlatih. Semoga selepas ini, banyak lagi peluang untuk kita menyanyi sama-sama kan?

Oklah, jom tengok-tengok gambar jom!

Sebelum naik pentas, kena warm up dulu. Dengar amanat konduktor. Fokus!


Ok. Nak hilangkan nervous, jom amik gambar byk-byk!


Sultan Perak, Raja Muda dan Menteri Besar Perak antara VVIP yang ada.

Inilah pentas kami!

Ketika persembahan. Pentas Koir betul-betul di tengah dan berhadapan dengan tetamu-tetamu. Cuak ok.

Tuan Haji Mohd Nor Rosli pun datang bagi sokongan.

Selepas habis je majlis, semua happy semacam! Macam kanak-kanak je bile jumpe belon.

dah habis dah. Baru dapat duduk..



Dalam bas yang dah macam taman fantasi dah. penuh dengan belon.

Ok. Tak tau nak cakap apa bila tengok gambar ni.

Banyaknya belon budak-budak koir ni bawak balik UTP.

Nampaknya, sambutan merdeka tahun ni merupakan sambutan yang cukup bermakna dan lain dari yang lain buat semua ahli koir UTP. Semoga kenangan ini akan terus diingati sampai bila-bila.



Sekitar Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-52 Peringkat Negeri Perak di Ipoh

Filed under: by:

Raptai Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 Peringkat Negeri Perak

Tempat : Bangunan SUK, Ipoh, Perak
Tarikh : 29 dan 30 Ogos 2009
Masa : 6.30 pagi - 12 tengah hari

Lagu : 1) Negaraku
2) Jalur Gemilang
3) Satu Malaysia

Bilangan Penyanyi : 39 orang

Konduktor : Nurfarahin
























Walaupun raptai dan juga sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini jatuh dalam bulan Ramadhan, namun begitu semangat dan kesungguhan ahli UTP Choir Group wajar dipuji. Semoga persembahan di hadapan Sultan Perak yang buat julung kalinya berjalan lancar dan memuaskan semua pihak.

Kami menjemput anda semua warga UTP dan warga Perak pencinta negara untuk sama-sama memeriahkan sambutan pada tahun ini.

Jumpa KAMI "UTP CHOIR GROUP" di sana!

Kenangan indah di UNITEN & MPO

Filed under: , by:







Klik sini untuk kenangan indah!!

Gallery



Pasukan
Koir Universiti Teknologi Petronas 2009.

Senada, Seirama, Sejiwa.